Seramai empat orang wakil dari Makmal Kualiti Air, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah diundang sebagai penceramah dan fasilitator bagi kursus anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Kursus ini bertujuan untuk melatih pegawai lapangan mengenai tatacara persampelan air sisa buangan di ladang ternakan, yang merupakan salah satu syarat utama pelesenan penternakan di peringkat negeri. Ceramah disampaikan Dr. Noor Haza Fazlin binti Hashim dan ChM. Dr. Jamilah binti Karim. Manakala sesi amali dibimbing oleh Puan Hazwani binti Jamaluddin dan Encik Zulfatihi bin Jaafar. Sinergi antara agensi ini membuktikan keberkesanan pendekatan whole-of-government dalam menyampaikan khidmat terbaik kepada masyarakat dan memastikan industri ternakan bergerak seiring dengan kelestarian alam sekitar.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia





