Berita&Aktiviti

LAWATAN KERJA DAN MESYUARAT MENGENAI BEKALAN AIR DAN PEMBETUNGAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN – 11 & 12 NOVEMBER 2026

Berita&Aktiviti

LAWATAN KERJA DAN MESYUARAT MENGENAI BEKALAN AIR DAN PEMBETUNGAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menyertai Lawatan Kerja dan Mesyuarat Mengenai Bekalan Air dan Pembetungan di Wilayah Persekutuan Labuan anjuran Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air), PETRA, bertempat di Bilik Mesyuarat Merinding, Jabatan Bekalan Air (JBA) Wilayah Persekutuan Labuan. Delegasi rasmi NAHRIM diketuai oleh YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Haji Mat Desa, Ketua Pengarah NAHRIM, bersama YBrs. Encik Ismail bin Hj. Tawnie, P.Geol. dan Dr. Mohd Aminur Rashid bin Mohd Amiruddin Arumugam.

Mesyuarat penyelarasan tersebut memberi tumpuan utama kepada pelan perancangan bekalan air dan pembetungan bagi memperkukuh kecekapan infrastruktur utiliti di Wilayah Persekutuan Labuan. Pada hari kedua, program diteruskan dengan lawatan kerja teknikal ke lapangan bagi meninjau status pelaksanaan projek menaik taraf sistem paip agihan berserta struktur sokongan di Kampung Air, serta projek naik taraf dan pembaikan Empangan Bukit Kuda yang berisiko tinggi bagi memastikan pematuhan spesifikasi kejuruteraan dan keselamatan hidraulik.

Penglibatan kepimpinan tertinggi dan pakar penyelidik NAHRIM dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam menyalurkan khidmat nasihat teknikal dan penilaian saintifik kepada pihak kementerian. Sinergi padu rentas agensi ini amat penting dalam memperkukuh keterjaminan bekalan air serta menjamin kesejahteraan penduduk di Wilayah Persekutuan Labuan secara mampan.

#NAHRIM

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera