Sekiranya anda berminat untuk menyertai keluarga NAHRIM secara tetap, anda boleh layari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan membuat permohonan melalui SPA di bawah Skim Q. Jawatan kosong di bawah Skim Q NAHRIM akan diiklankan melalui SPA.

Untuk makluman anda, pada ketika ini jawatan bagi lantikan sambilan dan kontrak telah diisi sepenuhnya. Manakala bagi lantikan tetap pula, dimaklumkan bahawa Institut ini tidak mempunyai kuasa melantik. Sehubungan dengan itu, anda dicadangkan agar memohon jawatan di sektor kerajaan melalui laman web SPA iaitu www.spa.gov.my

Antara bidang tugas/pengkhususan Skim Q di NAHRIM:

  • Kejuruteraan awam (hidrologi, marin, pantai)
  • R&D air dan persekitarannya
  • Perubahan iklim, ketinggian aras laut dan pusuan ribut
  • Hidrogeologi
  • Sumber air
  • Lembangan sungai
  • Kualiti air
  • Pembangunan produk inovasi hidrologi
  • Pemodelan fizikal
  • Pemodelan numerikal
  • Teknologi baharu muncul/IR4.0 (data raya, sains data, kecerdasan buatan, pembelajaran mesin)
pengkhususan

Skim Perkhidmatan bukan gunasama yang terdapat di NAHRIM ialah Penyelidikan dan Pembangunan bagi jawatan-jawatan seperti berikut :

Pegawai Penyelidik (Gred Q41)
Penolong Pegawai Penyelidik (Gred Q29)
Pembantu Penyelidik (Gred Q19)

NAHRIM menyediakan peluang kepada mahasiswa / mahasiswi daripada IPTA dan IPTS untuk melaksanakan latihan praktikal / industri di NAHRIM.

Emelkan permohonan anda kepada:

psm[at]nahrim[dot]gov[dot]my

Subjek :

Permohonan Latihan Industri atau

Pertanyaan Berkenaan Latihan Industri