Berita&Aktiviti

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN AWANBIRU TECHNOLOGY BERHAD (AWANTEC) KE NAHRIM – 15 JUN 2026

Berita&Aktiviti

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN AWANBIRU TECHNOLOGY BERHAD (AWANTEC) KE NAHRIM

Satu sesi kunjungan hormat daripada pihak AwanBiru Technology Berhad (AwanTec) ke Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah diadakan dengan jayanya . Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Puan Azizah Binti Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Group CEO) AwanTec, dan disambut baik oleh YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Haji Mat Desa, Ketua Pengarah NAHRIM (Menanggung Tugas) bersama para pegawai kanan agensi di Bilik Gerakan NAHRIM.

Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan dan meneroka potensi kerjasama strategik antara kedua-dua belah pihak dalam mendepani era transformasi digital. Fokus utama perbincangan tertumpu kepada integrasi teknologi tinggi terutamanya dalam aspek pengurusan dan analisis data, aplikasi Agentic AI (Kecerdasan Buatan Agensik), serta pemantapan infrastruktur Pengkomputeran Awan (Cloud Computing).

Secara keseluruhannya, kunjungan hormat ini membuka ruang kolaborasi yang amat luas dalam menyinergikan kepakaran teknologi digital milik AwanTec dengan bidang penyelidikan air NAHRIM. Melalui potensi perkongsian teknologi pintar ini, NAHRIM komited untuk terus memacu inovasi digital yang lebih cekap dan mampan demi memelihara serta mengurus sumber air negara dengan lebih efektif.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera