Berita&Aktiviti

AKTIVITI PENINJAUAN DAN PERSAMPELAN DI TAPAK BAGI KAJIAN BAHAN CEMAR BAHARU – 8 JUN 2026

Berita&Aktiviti

AKTIVITI PENINJAUAN DAN PERSAMPELAN DI TAPAK BAGI KAJIAN BAHAN CEMAR BAHARU

Aktiviti peninjauan dan persampelan di tapak telah dilaksanakan pada 8-10 Jun di Sungai Selangor dan Sungai Bernam serta 16-18 Jun 2026 di Sungai Melaka. Aktiviti rekognisi ini dijalankan untuk mengenal pasti lokasi persampelan yang paling sesuai dan representatif terhadap pelbagai sumber pencemaran serta selaras dengan objektif kajian. Antara faktor yang dinilai termasuklah ciri fizikal sungai, kebolehcapaian ke lokasi persampelan, keselamatan tapak, keadaan hidrologi serta potensi sumber pencemaran daripada aktiviti domestik, perindustrian, pertanian, penternakan serta kedudukan loji rawatan air dan kumbahan. Aktiviti persampelan kualiti air diteruskan di lokasi yang telah dikenalpasti bagi menyokong kajian terhadap bahan cemar baharu di ketiga-tiga lembangan sungai tersebut.

#MakmalKualitiAir

#ISO17025

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera