Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi (PKPO) NAHRIM berbesar hati menerima Lawatan Kerja Rasmi Markas Angkatan Bersama Kem Al-Sultan Abdullah MyJointForce & Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) yang diwakili oleh Leftenan Kolonel Zulkifli Mohamad dan Mejar Normaliza Abdullah. Objektif lawatan ini adalah bagi membincangkan Projek Transformasi Sistem Bekalan Air Bersih Menggunakan Kaedah Penyahgaraman Air Marin di Pos Keselamatan ESSCOM melibatkan Pulau Banggi, Pulau Berhala dan Pulau Mabul.
Delegasi lawatan turut diberikan taklimat pengenalan mengenai NAHRIM, aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan, serta perkhidmatan yang ditawarkan. Sesi diteruskan dengan lawatan ke fasiliti di Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI).
Melalui inisiatif lawatan ini, kedua-dua pihak berharap agar projek berimpak tinggi ini dapat direalisasikan dengan jayanya. Semoga perkongsian kepakaran dan sinergi antara kedua-dua agensi mampu memberikan impak yang signifikan dalam memacu agenda pembangunan negara.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia




