Berita&Aktiviti

SEMINAR RESTEK – 18 MEI 2026

Berita&Aktiviti

SEMINAR RESTEK

Pegawai Penyelidik dari Makmal Kualiti Air, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM ) telah menghadiri seminar pendidikan bertajuk “RESTEK Day: Elevate Your Lab Chromatography’s Precision & Productivity” yang berlangsung di M World Hotel, Petaling Jaya. Seminar anjuran Restek dan Lab Science Solution ini memfokuskan kepada perkembangan serta inovasi terkini dalam teknologi kromatografi, termasuk perkongsian berkaitan teknologi next-generation GC Columns (RMX), teknik persediaan sampel (sample preparation), pemisahan kromatografi cecair (LC separation), piawaian rujukan (reference standard) organik berkualiti tinggi serta aplikasi perisian EZGC & EZLC.

Turut dikongsikan dalam seminar ini ialah kaedah analisis sebatian PFAS (Perfluoroalkyl and Polyfluoroalkyl Substances) yang kini menjadi antara fokus utama dalam pemantauan pencemaran air. Penyertaan dalam seminar berimpak tinggi seperti ini amat penting bagi memastikan keupayaan analitikal Makmal Kualiti AIr sentiasa relevan, berdaya saing dan berada di barisan hadapan dalam bidang analisis kualiti air, sekali gus memperkukuh ketepatan, kebolehpercayaan dan produktiviti penyelidikan demi kepentingan pengurusan sumber air negara.

 

#MakmalKualitiAir

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera