Berita&Aktiviti

SESI PERBINCANGAN DAN LAWATAN PRODUK INOVASI DRON NAHRIM BERSAMA UNIT SKUAD ELIT AIR LUAS (SKEAL) – 18 MEI 2026

Berita&Aktiviti

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 TEKNIKAL KUALITI AIR (𝐍𝐒𝐂 𝟎𝟐/𝐓𝐂 𝟕) 𝐍𝐎. 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟔

Satu sesi perbincangan dan lawatan teknikal telah diadakan bertempat di Ibu Pejabat NAHRIM melibatkan kunjungan daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melalui Unit Skuad Elit Air LUAS (SKEAL). Sesi yang bermula pada jam 2.30 petang ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Noor Hisham bin Ab Ghani, Pengarah Makmal Kualiti Air NAHRIM.

Pertemuan ini diadakan susulan hasrat pihak SKEAL untuk membincangkan produk inovasi dron yang dibangunkan oleh NAHRIM bagi aplikasi pengurusan sumber air. Agenda utama sesi ini merangkumi pembentangan terperinci mengenai fungsi teknologi tersebut, yang kemudiannya disusuli dengan sesi lawatan bagi melihat aset-aset DRON NAHRIM secara dekat.

Sebagai pengisian tambahan, delegasi SKEAL turut dibawa melawat ke Makmal Kualiti Air NAHRIM bagi melihat fasiliti analisis sedia ada. Lawatan ini membuka ruang perbincangan yang lebih meluas mengenai potensi integrasi teknologi dron dalam memperkukuh aspek pemantauan, penguatkuasaan, dan pemeliharaan kualiti sumber air negara.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera