Pada 15 Mei 2026, pihak pengurusan Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah mengadakan sesi pemantauan kemajuan bagi Projek Pemasangan Sistem Fotovolta Suria (Grid-Connected PV System) di Bangunan NAHRIM. Sesi turun padang ini diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah, Ir. Ts. Gs. Dr. Safari Bin Haji Mat Desa, bersama Pengarah Makmal Kualiti Air, En. Noor Hisham bin Ab Ghani serta barisan pegawai NAHRIM. Objektif utama pemantauan ini dilaksanakan adalah untuk meneliti tahap kemajuan dan kualiti kerja pemasangan oleh syarikat lantikan, CMC Engineering Sdn Bhd, bagi memastikan projek ini berjalan lancar mengikut jadual perancangan, mematuhi spesifikasi teknikal, serta menepati standard keselamatan yang ditetapkan.
Projek berimpak tinggi ini dijangka siap sepenuhnya menjelang 5 Julai 2026. Melalui pelaksanaan inisiatif hijau ini, NAHRIM menaruh harapan yang tinggi agar fasiliti ini dapat mengoptimumkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui (RE) yang lebih bersih, sekali gus mengurangkan jejak karbon dan kos operasi utiliti bangunan secara signifikan. Usaha ini juga merupakan bukti komitmen berterusan NAHRIM dalam memperkasakan agenda kelestarian alam sekitar, selari dengan aspirasi pembangunan mampan negara demi kesejahteraan generasi akan datang.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia
#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir








