Berita&Aktiviti

SARINGAN KESIHATAN ASAS WARGA NAHRIM DENGAN KERJASAMA KLINIK KESIHATAN SERI KEMBANGAN – 15 MEI 2026

Berita&Aktiviti

SARINGAN KESIHATAN ASAS WARGA NAHRIM DENGAN KERJASAMA KLINIK KESIHATAN SERI KEMBANGAN

Satu program saringan kesihatan telah dijalankan untuk warga Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM). Program yang berlangsung di Bilik Latihan Blok C, NAHRIM ini bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan kendiri dalam kalangan kakitangan.

Sepanjang program ini dijalankan, jenis saringan yang telah disediakan merangkumi pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh (BMI), tekanan darah, bacaan gula dan kolesterol, sesi konsultasi bersama doktor, serta saringan kanser serviks (ujian HPV) khusus untuk wanita.

Saringan ini telah dibuka kepada warga NAHRIM berwarganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai sejarah penyakit kencing manis, hipertensi, atau kolesterol tinggi, serta belum menjalani mana-mana saringan kesihatan sepanjang tahun 2026. Pihak urus setia merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga NAHRIM yang telah hadir dan memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.

#kementeriankesihatanmalaysia

#Klinikkesihatanserikemabangan

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera