Berita&Aktiviti

MESYUARAT JAWATANKUASA KHAS MENANGANI KEMEROSOTAN KUALITI AIR SUNGAI KEBANGSAAN (JKKAS) BIL 1/2026 – 14 MEI 2026

Berita&Aktiviti

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐎𝐒𝐎𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐀𝐈𝐑 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 (𝐉𝐊𝐊𝐀𝐒) 𝐁𝐈𝐋 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟏𝟒 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐃𝐔𝐑𝐈, 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA ini, menjadi platform strategik dalam memperkukuh hala tuju pengurusan sumber air negara dengan memberi penekanan khusus kepada peralihan daripada fasa perancangan kepada pelaksanaan yang lebih berkesan serta berimpak tinggi.

Dalam sesi tersebut, YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Hj. Mat Desa, Ketua Pengarah NAHRIM (Menanggung Tugas), telah membentangkan Kertas Pertimbangan P1/1/2026 mengenai cadangan pengenaan syarat Kajian Hidraulik Endapan Sungai di bawah Garis Panduan Pengambilan Pasir Sungai (Pindaan 2020), serta inisiatif penyediaan Garis Panduan Guna Semula Air Sisa Pelepasan Penanaman Padi. Agenda ini diperkukuhkan lagi melalui pembentangan oleh Pengarah Makmal Kualiti Air, Encik Noor Hisham bin Ab Ghani, mengenai penetapan piawaian pelepasan air sisa bagi aktiviti pertanian.

Inisiatif ini mencerminkan langkah proaktif kementerian dalam memastikan aktiviti pengambilan pasir sungai dikawal selia dengan lebih ketat berasaskan data saintifik, demi meminimumkan kesan negatif terhadap morfologi sungai dan menjamin kelestarian kualiti air negara secara berterusan.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera