Majlis Perhimpunan NAHRIM Bilangan 4 Tahun 2026 telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Hj Mat Desa, Timbalan Ketua Pengarah (menanggung kerja Ketua Pengarah NAHRIM) pada pagi tadi. Program dimulakan dengan sesi berjalan cepat (brisk walk) di sekitar NAHRIM dengan tema pakaian jersi pasukan bola sepak Piala Dunia. Selain Amanat Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM, majlis di Auditorium tersebut turut diserikan dengan ucapan pengarah-pengarah pusat kajian, makmal dan bahagian, serahan sijil penghargaan, persembahan pelajar latihan industri dan pelancaran Program Karnival Sukan NAHRIM.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia









