Berita&Aktiviti

PROGRAM JELAJAH PSIKOLOGI2U PETRA SIRI 2/2026 DI NAHRIM – 18 JUN 2026

Berita&Aktiviti

PROGRAM JELAJAH PSIKOLOGI2U PETRA SIRI 2/2026 DI NAHRIM

Satu Program Jelajah Psikologi2U PETRA Siri 2/2026 telah berjaya dilaksanakan bertempat di Auditorium NAHRIM. Program anjuran Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang dengan melibatkan kehadiran serta sokongan padu daripada warga Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM).

Membawa tema “Psikologi Untuk Semua, Kesejahteraan Bersama”, program siri jelajah ini memfokuskan kepada empat teras utama iaitu Pengetahuan Bermakna, Kesejahteraan Diutamakan, Inspirasi Berpanjangan, dan Komuniti Prihatin. Pengisian program direka khas untuk memberi kesedaran serta memantapkan kesihatan mental dan emosi para penjawat awam, sekali gus membina budaya kerja yang lebih positif dan harmoni.

Secara keseluruhannya, penganjuran program ini menjadi platform penting dalam menyuntik elemen sokongan psikologi dan kesejahteraan emosi secara menyeluruh dalam kalangan warga agensi. Inisiatif di bawah slogan #Psikologi2U Bersama Memacu Kesejahteraan ini diharap dapat melahirkan modal insan yang berdaya tahan (resilient), cerdas emosi, serta komited dalam memacu kecemerlangan perkhidmatan negara.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera