Berita&Aktiviti

LATIHAN PENINGKATAN KESEDARAN ALAM SEKITAR, SOSIAL DAN TADBIR URUS (ESG) UNTUK INSTITUT PENYELIDIKAN AIR KEBANGSAAN MALAYSIA (NAHRIM) – 19 MEI 2026

Berita&Aktiviti

LATIHAN PENINGKATAN KESEDARAN ALAM SEKITAR, SOSIAL DAN TADBIR URUS (ESG) UNTUK INSTITUT PENYELIDIKAN AIR KEBANGSAAN MALAYSIA (NAHRIM)

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia bersama EIG Puresolutions Sdn. Bhd. telah menganjurkan Latihan Peningkatan Kesedaran Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di Bangi Resort Hotel pada 19 Mei 2026. Latihan ini disertai oleh warga NAHRIM daripada Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar, Pusat Kajian Lembangan Sungai, Pusat Kajian Sumber Air, Pusat Kajian Hidrogeologi, Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi, Makmal Hidraulik dan Instrumentasi serta Makmal Kualiti Air. Objektif utama penganjuran latihan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada warga NAHRIM berkaitan ESG bagi meningkatkan kualiti pelaksanaan penyelidikan air demi manfaat aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus. Selain itu, latihan ini turut menyentuh aspek integriti, matriks kebendaan, petunjuk prestasi utama (KPI) serta pensasaran Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Disediakan Oleh: PKKAAS

#EnvironmentalSocialGovernance

#practices

#awareness

#waterresearch

#integrity

#KPIs

#SustainableDevelopmentGoals

#SDGs

#unitkomunikasikorporatpkkaas

#pusatkajiankualitiairdanalamsekitar

#halatuju

#pengurusan

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera