Misi pencerapan marin berfokus PKPO NAHRIM di perairan Labuan kini telah memasuki fasa pengambilan semula instrumen dan data. Dedikasi pasukan kami dalam mengumpulkan data arus serta ombak beresolusi tinggi ini merupakan komponen kritikal dalam memantapkan strategi pemantauan marin jangka panjang negara.
Operasi ini melibatkan:
Pencerapan Jangka Panjang Berterusan: Penggunaan instrumen berteknologi tinggi Acoustic Wave and Current (AWAC) selama tujuh bulan (Oktober 2025 – Mei 2026). Gambar di lokasi menunjukkan kubah AWAC yang sarat dengan biofouling semasa dibawa naik membuktikan rintangan serta pencerapan data jangka masa panjang yang berterusan telah direkodkan, berbanding keadaan asal sebelum pencerapan bermula.
Sokongan Menyeluruh Pasukan Lapangan: Operasi pengambilan semula AWAC telah dilaksanakan dengan sokongan padu pegawai-pegawai PKPO di lapangan serta kerjasama penyelam profesional bagi mengesahkan integriti instrumen sebelum dibawa naik.
Data strategik ini adalah input kritikal bagi memenuhi keperluan sektor pertahanan serta menyokong pembangunan Standard Navigasi Moden – International Hydrographic Organization (IHO) S-100 / S-111. Ia juga merupakan input utama dalam kajian kenaikan aras laut, kejuruteraan pantai, Digital Twin Marin Malaysia.
Memasuki tahun kelapan berturut-turut (2018–2026), kesinambungan pencerapan ini membuktikan keupayaan teknikal dan integriti NAHRIM dalam menyediakan data sahih demi kepentingan strategik negara, kesejahteraan komuniti pesisir dan kemampanan ekonomi maritim.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia
#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir








