Berita&Aktiviti

PERBINCANGAN HALATUJU SKOP PENYELIDIKAN PEMETAAN SUMBER TENAGA BOLEH BAHARU (TBB) BIRU MALAYSIA (NAHRIM-SEDA) – 18 MEI 2026

Berita&Aktiviti

PERBINCANGAN HALATUJU SKOP PENYELIDIKAN PEMETAAN SUMBER TENAGA BOLEH BAHARU (TBB) BIRU MALAYSIA (NAHRIM-SEDA)

Satu sesi Perbincangan Halatuju Skop Penyelidikan Pemetaan Sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) Biru Malaysia yang melibatkan kerjasama antara NAHRIM dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) telah berlangsung di SEDA, Cyberjaya pada 18 Mei 2026. Objektif utama pertemuan strategik ini adalah untuk merangka langkah dan kaedah bagi mengenal pasti serta memetakan potensi sumber tenaga ombak di kawasan perairan Malaysia secara komprehensif berpandukan analisis parameter lautan.

Melalui inisiatif perbincangan ini, kedua-dua pihak menaruh harapan untuk menyediakan pangkalan maklumat asas teknikal dan saintifik yang tepat bagi menyokong pembangunan projek perintis tenaga ombak di negara ini pada masa akan datang. Usaha perintis ini juga merupakan sasaran penting NAHRIM dalam memacu pertumbuhan Pembangunan Ekonomi Biru, di samping mendokong agenda peralihan tenaga negara demi mencapai kelestarian alam dan pemerkasaan teknologi hijau.

 

#MakmalHidraulikDanInstrumentasi

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku