NAHRIM memperkukuh peranannya sebagai focal point sektor alam sekitar bagi isu Kerintangan Antimikrob (AMR) melalui penyertaan dalam pembangunan Pelan Strategik Kebangsaan One Health, pasca Mesyuarat Pertama ASEAN One Health Network Ogos 2025. Selaras dengan penubuhan Jawatankuasa One Health Kebangsaan di bawah Majlis Biodiversiti Negara pada Mei 2025 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah bin Yusof, kerjasama ini memacu kolaborasi holistik antara sektor manusia, haiwan, dan persekitaran. Langkah ini bukan sahaja menyelaraskan fungsi jabatan teknikal kerajaan bagi mengelakkan pertindihan, malah menjamin pengurusan isu kesihatan rentas sektor yang lebih sistematik dan berimpak tinggi.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaan–
#Malaysia
#KementerianPeralihanTenagadan–
#TransformasiAir





