Berita&Aktiviti

PERBINCANGAN PEMETAAN RISIKO BANJIR TERHADAP ASET KPJ HEALTHCARE BERHAD – 2 APRIL 2026

Berita&Aktiviti

PERBINCANGAN PEMETAAN RISIKO BANJIR TERHADAP ASET KPJ HEALTHCARE BERHAD

𝟐 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐏𝐉, 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫

Delegasi Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) melalui Pusat Kajian Sumber Air dan Perubahan Iklim (PKSA) serta Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi (PKPO) telah mengadakan sesi perbincangan bersama KPJ Healthcare Berhad berhubung pemetaan dan analisis risiko fizikal banjir terhadap aset-aset KPJ di seluruh negara.

Dalam sesi ini, NAHRIM telah membentangkan cadangan pendekatan bersepadu berasaskan data hidroiklim sedia ada yang bersifat komprehensif, berstruktur dan berteraskan analisis teknikal bagi menyokong penilaian risiko perubahan iklim secara lebih sistematik dan berimpak.

Pendekatan yang dicadangkan merangkumi:

  • Penilaian tahap pendedahan dan kerentanan aset terhadap risiko banjir
  • Analisis senario risiko perubahan iklim
  • Sokongan kepada perancangan adaptasi dan kesinambungan operasi
  • Pemerkasaan pelaporan kemampanan selaras dengan IFRS S2 – Climate-related Disclosures

Inisiatif ini mencerminkan komitmen NAHRIM dalam menyediakan penyelesaian berasaskan sains dan data bagi memperkukuh daya tahan sektor kritikal negara terhadap impak perubahan iklim. Diharapkan perbincangan ini menjadi asas kepada pelaksanaan kerjasama strategik yang berterusan antara kedua-dua pihak.

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PETRA

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#NAHRIM

#KetuaPengarahNAHRIM

#PengarahPKSA

#PusatKajianSumberAirdanPerubahanIklim

#PKSA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera