Berita&Aktiviti

MESYUARAT CEPA PRAB FASA 2 NAHRIM PERKUKUH PERANCANGAN DAN KESEDARAN RISIKO BANJIR – 2 APRIL 2026

Berita&Aktiviti

MESYUARAT CEPA PRAB FASA 2 NAHRIM PERKUKUH PERANCANGAN DAN KESEDARAN RISIKO BANJIR – 2 APRIL 2026

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) bagi PRAB Fasa 2 (Pakej 1) peringkat NAHRIM telah dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Hj. Mat Desa, Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM pada 2 April 2026, dengan kehadiran ahli projek yang terlibat. Mesyuarat ini bertujuan untuk membentangkan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tahun 2025 serta membincangkan perancangan pelaksanaan bagi tahun 2026 yang melibatkan sebelas (11) lembangan sungai terpilih di lima (5) negeri, iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Melaka. Perbincangan ini diharap dapat memperkukuh pelaksanaan program serta meningkatkan keberkesanan penyampaian inisiatif CEPA dalam usaha mempertingkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat terhadap risiko banjir.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera