Berita&Aktiviti

TAKLIMAT PENINGKATAN KUALITI SUMBER AIR NEGERI PAHANG PERKUKUH USAHA KAWALAN PENCEMARAN – 6 APRIL 2026

Berita&Aktiviti

TAKLIMAT PENINGKATAN KUALITI SUMBER AIR NEGERI PAHANG PERKUKUH USAHA KAWALAN PENCEMARAN

Taklimat Peningkatan Kualiti Sumber Air Negeri Pahang telah diadakan pada 6 April 2026 di Bilik Gerakan Sri Pahang, Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS), dan dipengerusikan oleh YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Exco Alam Sekitar Negeri Pahang. Dalam sesi tersebut, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah membentangkan kepakaran melalui tajuk “Teknologi NAHRIM: Solusi Kawalan Pencemaran Perbandaran untuk Peningkatan Kualiti Air Sungai di Negeri Pahang” yang dibentangkan oleh Dr. Mohd Aminur Rashid Mohd Amiruddin Arumugam mewakili Pusat Kajian Lembangan Sungai. Taklimat ini turut dihadiri oleh wakil jabatan dan agensi teknikal negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT), syarikat berkaitan kerajaan negeri serta agensi persekutuan.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera