Berita&Aktiviti

BAHAYA TERSEMBUNYI: APA ITU KERINTANGAN ANTIMIKROB (AMR)?

Berita&Aktiviti

Tahukah anda? Menjelang tahun 2050, dianggarkan hampir 10 juta kematian setahun akan berlaku di seluruh dunia akibat jangkitan kuman kebal.

Apa itu AMR?

AMR berlaku apabila mikroorganisma seperti bakteria dan virus mengalami mutasi sehingga ubat-ubatan (seperti antibiotik) tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan.

Bagaimana ia tersebar ke sumber air kita?

Aktiviti manusia: Penggunaan antimikrob meningkat sebanyak 36% sejak tahun 2000.

Sektor haiwan & akuakultur: Sehingga 75% penggunaan antimikrob dalam akuakultur berpotensi mencemari sumber air.

Sisa industri & domestik: Efluen daripada loji rawatan, hospital dan sisa penternakan yang tidak dirawat boleh membawa kuman kebal ke sungai dan laut.

Risiko kepada kita:

Walaupun kepekatannya rendah dalam air, ia masih boleh menggalakkan mutasi kuman. Kita juga berisiko terdedah kepada jangkitan semasa menjalankan aktiviti rekreasi di sungai atau laut.

Marilah kita bersama-sama menjaga sumber air dan menggunakan antibiotik secara bijak.

Sumber: United Nation Environment Programme, 2022.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera

#AMR #onehealth #NAHRIM #StopSuperbugs #WaterSafety