Satu sesi taklimat dan perbincangan teknikal telah diadakan hari ini melibatkan Pusat Kajian Hidrologi (PKH) bersama pihak pengurusan tertinggi NAHRIM. Pertemuan strategik ini bertujuan memperincikan hala tuju projek Ekonomi Air serta pelaksanaan Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) yang lebih efisien.
Melalui perbincangan ini, kedua-dua pihak meneliti mekanisme terbaik dalam mengintegrasikan data saintifik ke dalam polisi pengurusan air nasional. Usaha ini bukan sekadar tentang teknikaliti, malah merupakan langkah proaktif dalam memastikan setiap titis air diurus secara lestari demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan ekonomi masa hadapan.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

