Berita&Aktiviti

SESI PENGUJIAN PERALATAN MULTI-BEAM ECHO SOUNDER (MBES) DI PERAIRAN PELABUHAN KLANG – 16 APRIL 2026

Berita&Aktiviti

SESI PENGUJIAN PERALATAN MULTI-BEAM ECHO SOUNDER (MBES) DI PERAIRAN PELABUHAN KLANG - 16 APRIL 2026

NAHRIM melalui Pusat Kajian Pantai & Oseanografi (PKPO) telah melaksanakan sesi pengujian peralatan Multi-Beam Echo Sounder (MBES) di perairan Pelabuhan Klang yang diketuai oleh Hydrographer, En. Tarmizi Alwi, sebagai persediaan menghasilkan profil kedalaman laut beresolusi tinggi bagi menyokong penyelidikan dan perancangan marin negara.

Sesi ini melibatkan pelaksanaan Patch Test bagi menentukur dan membetulkan ralat sistem seperti roll, pitch, yaw serta timing bagi memastikan ketepatan geometri data, di samping penggunaan sistem GNSS berintegrasi komunikasi satelit untuk mendapatkan koordinat titik cerapan (X, Y) secara berketepatan tinggi. Nilai kedalaman (Z) pula direkod melalui pancaran isyarat akustik MBES yang diproses dengan mengambil kira faktor halaju bunyi dalam air dan pembetulan pasang surut.

Secara keseluruhan, integrasi data posisi, kedalaman dan orientasi kapal ini membolehkan penghasilan data batimetri yang tepat dan berkualiti tinggi, seterusnya menjadi asas penting dalam pemodelan hidrodinamik, analisis perubahan dasar laut serta perancangan pembangunan dan keselamatan perairan negara.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

#NAHRIM #InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera