Berita&Aktiviti

NAHRIM DAN JPS PAHANG JALIN KERJASAMA STRATEGIK PEMANTAUAN KUALITI AIR DAN KEPAKARAN TEKNIKAL – 16 APRIL 2026

Berita&Aktiviti

NAHRIM DAN JPS PAHANG JALIN KERJASAMA STRATEGIK PEMANTAUAN KUALITI AIR DAN KEPAKARAN TEKNIKAL

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah di jemput oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pahang ke mesyuarat pembentangan dapatan data, analisis dan perkongsian kepakaran NAHRIM berkaitan pemantauan data kualiti air sungai dan pantai di negeri Pahang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs Ir. Arman bin Mokhtar selaku pengarah negeri dan delegasi NAHRIM diketuai oleh YBrs En. Noor Hisham bin Abdul Ghani selaku Pengarah Makmal Kualiti Air. Delegasi ini juga dihadiri oleh beberapa wakil daripada Pusat Kajian Lembangan Sungai, Pusat Kajian Sumber Air dan Perubahan Iklim dan Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi. Secara amnya, perbincangan tertumpu kepada status terkini kualiti air sungai dan pantai di negeri Pahang khususnya semasa keadaan musim kering, pra dan pasca monsun. Selain itu, isu potensi guna semula sedimen sungai yang boleh dijadikan kebolehasilan penyuburan pantai di kawasan hakisan serta modus operandi terbaik bagi penyimpanan sumber air bagi menangani isu pembakaran hutan dikawasan tanah gambut juga dibincangkan bersama. Sebagai langkah memperkukuh kerjasama masa hadapan, JPS Pahang akan memanfaatkan sepenuhnya kepakaran NAHRIM dalam melihat aspek integrasi simulasi river routing dan dinamika pasang surut bagi menilai impak hidrodinamik terhadap kualiti air di zon estuari.

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasi Air

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera