Satu sesi penyerahan Surat Setuju Terima (SST) telah disempurnakan hari ini di NAHRIM bagi melantik rakan strategik yang akan bekerjasama dalam pelbagai skop perkhidmatan, bekalan, dan kerja penyelidikan teknikal. Penyerahan ini merupakan langkah rasmi bagi memulakan kolaborasi yang telus dan berintegriti demi memacu kecemerlangan institusi.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua syarikat yang terpilih. Melalui kerjasama ini, NAHRIM menaruh harapan tinggi agar setiap projek dapat dilaksanakan dengan mutu kerja yang cemerlang dan mengikut garis masa yang ditetapkan. Inisiatif ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pengurusan sumber air yang lebih lestari, sekaligus menyumbang kepada pemeliharaan kualiti sumber air negara untuk generasi akan datang.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia














