Berita&Aktiviti

SESI KNOWLEDGE EXCHANGE MyNAP PERTAMA: MEMPERKUKUH TADBIR URUS ADAPTASI IKLIM – 3 DISEMBER 2025

Berita&Aktiviti

SESI KNOWLEDGE EXCHANGE MyNAP PERTAMA: MEMPERKUKUH TADBIR URUS ADAPTASI IKLIM – 3 DISEMBER 2025

3 Disember 2025 | Marriot Hotel Putrajaya | Deutsche Gesellschaft für Internationale Zusammenarbeit (GIZ) GmbH, dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), telah menganjurkan Sesi Knowledge Exchange pertama sebagai sebahagian daripada usaha pembangunan Pelan Adaptasi Kebangsaan Malaysia (MyNAP).

Sesi ini bertujuan memperkukuh kapasiti institusi, meningkatkan pemahaman terhadap konsep risiko iklim, serta menyokong tadbir urus adaptasi berasaskan amalan terbaik antarabangsa. Pakar dari German Environment Agency (UBA) turut berkongsi pengalaman dan pandangan mereka dalam pelaksanaan sistem tadbir urus adaptasi di negara mereka.

Wakil NAHRIM daripada PKSA dan PKPO turut hadir dalam sesi ini, bersama ahli Technical Working Group (TWG) lain, dalam usaha memperkukuh kolaborasi dan pemahaman terhadap keperluan adaptasi perubahan iklim di Malaysia.

Sesi ini merupakan yang pertama daripada siri Knowledge Exchange yang akan berlangsung sepanjang 2025–2026, bagi menyokong proses penyediaan MyNAP melalui perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik di peringkat antarabangsa.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

profile penyelidikan
oacp