Berita&Aktiviti

2ND CLIMATE ADAPTATION AND DISASTER MITIGATION – 2 DISEMBER 2025

Berita&Aktiviti

2ND CLIMATE ADAPTATION AND DISASTER MITIGATION - 2 DISEMBER 2025

2 DISEMBER 2025 | 2ND CLIMATE ADAPTATION AND DISASTER MITIGATION

Lee Kuan Yew School of Public Policy,NUS Singapura, dengan kerjasama Aeolus Labs, San Francisco USA telah menganjurkan program 2nd Climate Adaptation and Disaster Mitigation sebagai sebahagian usaha memberi pendedahan mengenai mitigasi bencana tropika akibat perubahan iklim di negara-negara ASEAN.

Program ini telah dihadiri oleh pegawai daripada kerajaan ASEAN seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Kemboja, Thailand, Vietnam, Singapura, India dan Australia. Melalui perbincangan semasa program, peserta banyak ditekankan dengan aspek utama perubahan iklim dunia seperti perubahan geopolitik negara kuasa besar, perlindungan insuran oleh kerajaan terhadap mangsa terkesan akibat impak perubahan iklim dan kesan kemusnahan fasiliti dan aset negara akibat bencana.

Professor Kotaro telah berkongsi pengalaman mengenai bagaimana krisis iklim di Asia Tenggara dan India semakin meruncing akibat obsesi geopolitik terhadap teknologi AI dan pertahanan, justeru menuntut peralihan strategik kepada adaptasi iklim berasaskan “Green Realism,” inovasi teknologi, dan tadbir urus yang kukuh untuk menangani bencana kompleks yang saling berkait.

Wakil daripada Malaysia adalah Puan Suhana Shamshudin daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Dr. Sharifah Faridah Syed Mahbar, Malaysian Meteorological Department Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Dr. Khairul Anuar Mohamad daripada Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM). Melalui dialog ucaptama bersama pegawai kanan kerajaan, Malaysia melalui NAHRIM secara proaktif turut membentangkan isu bencana berkaitan penerobosan air masin akibat kenaikan aras laut di kawasan penanaman padi Kedah yang merupakan sektor utama ekonomi beras Malaysia.

Disediakan Oleh: Pusat Kajian Pantai & Oseanografi

#ClimateAdaptation

#tropicaldisaster

#mitigation

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PantaidanOseanografiNAHRIM

#AdaptasiIklimdanEkonomi

Highlights

profile penyelidikan
oacp