Berita&Aktiviti

LAPORAN MESYUARAT PENYELARASAN DAN LAWATAN TAPAK BAGI KERJA-KERJA PEMETAAN AIR BAWAH TANAH SECARA TEKNOLOGI PINTAR DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN – 18 JUN 2026

Berita&Aktiviti

LAPORAN MESYUARAT PENYELARASAN DAN LAWATAN TAPAK BAGI KERJA-KERJA PEMETAAN AIR BAWAH TANAH SECARA TEKNOLOGI PINTAR DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Pada 18 Jun 2026, satu Mesyuarat Penyelarasan Projek Kerja-Kerja Pemetaan Air Bawah Tanah Secara Teknologi Pintar di Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Bekalan Air JBA Labuan dan dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Hj. Mat Desa, Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM. Mesyuarat dihadiri oleh tiga 3 orang wakil NAHRIM termasuk Pengerusi, dua 2 orang pegawai JBA Labuan, dua 2 orang wakil Rich Well Engineering dan tiga 3 orang wakil The Water Malaysia. Perbincangan tertumpu kepada status semasa projek, perancangan kerja lapangan, penyelarasan jadual pelaksanaan, keperluan logistik serta perkongsian maklumat berkaitan sumber air bawah tanah dan sistem bekalan air sedia ada di Labuan.

Selepas mesyuarat, lawatan tapak telah dijalankan ke lima 5 lokasi yang dikenal pasti berpotensi untuk pembangunan sumber air bawah tanah. Tiga 3 lokasi merupakan cadangan baharu oleh The Water Malaysia, iaitu dua 2 lokasi di kawasan Bukit Kuda Dam dan satu 1 lokasi di hadapan Kolej Matrikulasi Labuan, manakala dua 2 lokasi lagi melibatkan wellfield sedia ada di Pohon Batu dan Jalan Tanjung Aru. Lawatan ini bertujuan menilai keadaan tapak, aksesibiliti serta kesesuaian lokasi untuk pelaksanaan survei geofizik dan penggerudian telaga.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku