Berita&Aktiviti

NAHRIM DAN SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA PERKUKUH KERJASAMA PELAPORAN KEMAMPANAN DAN DAYA TAHAN IKLIM – 6 MAC 2026

Berita&Aktiviti

NAHRIM DAN SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA PERKUKUH KERJASAMA PELAPORAN KEMAMPANAN DAN DAYA TAHAN IKLIM - 6 MAC 2026

6 Mac 2026, NAHRIM melalui Pusat Kajian Sumber Air dan Perubahan Iklim (PKSA) telah melengkapkan satu sesi perbincangan maya yang membuahkan hasil bersama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi memperkukuh inisiatif pelaporan kemampanan dan daya tahan iklim sektor korporat negara.

Antara fokus utama yang telah dibincangkan merangkumi:

Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan Kebangsaan (NSRF): Penyelarasan sokongan data dan laporan risiko banjir yang meliputi Selangor, Pulau Pinang, dan Johor sebagai rujukan utama entiti pelaporan di bawah NSRF.

Perkongsian Data Unjuran Banjir & Iklim: Perbincangan terperinci mengenai terma perundangan bagi platform N-HyDAA serta unjuran banjir bagi Selangor dan Kuala Lumpur untuk masa kini, tahun 2030, 2050, dan 2080 di bawah pelbagai senario iklim (RCP 2.6, 4.5, dan 8.5).

Memorandum Persefahaman (MoU): Memperhalusi draf MoU antara NAHRIM dan SC yang bakal dimuktamadkan tidak lama lagi.

Sistem Penuaian Air Hujan: Mengkaji kebolehlaksanaan (feasibility study) sistem penuaian air hujan sebagai penyelesaian pengurusan air yang lebih mampan.

NAHRIM sentiasa komited menyediakan sokongan data saintifik yang tepat bagi membantu sektor kewangan dan korporat merangka strategi mitigasi dan adaptasi iklim yang berkesan.

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PETRA

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#NAHRIM

#KetuaPengarahNAHRIM

#PengarahPKSA

#PusatKajianSumberAirdanPerubahanIklim

#PKSA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera