Pada 6 Mac 2026, satu majlis bacaan Yaasin telah diadakan melibatkan YBhg. Dato’ Ketua Pengarah NAHRIM bersama warga Makmal Kualiti Air (MKA) NAHRIM. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memperkukuh nilai kerohanian serta mengeratkan lagi tali silaturahim dalam kalangan kakitangan makmal.
Majlis ini memberi ruang kepada warga makmal untuk menzahirkan kesyukuran, meningkatkan kesedaran rohani, serta menyemai nilai-nilai positif dalam kehidupan harian dan persekitaran kerja. Selain itu, warga MKA turut diberikan suntikan motivasi bagi membangkitkan semangat kerjasama berpasukan. Program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan sebagai salah satu inisiatif dalam membina budaya kerja yang harmoni dan berdaya saing.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
#NAHRIM #InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia


