Berita&Aktiviti

MESYUARAT PEMBENTANGAN KAJIAN PROJEK PERINTIS PENGGUNAAN PERANTI ‘MULTIFUNCTION WATER PURIFICATION DEVICE (MWPD)’ DI TASIK METROPOLITAN KEPONG, KUALA LUMPUR DAN LAWATAN TAPAK KE TASIK METROPOLITAN KEPONG, KUALA LUMPUR – 25 MEI 2026

Berita&Aktiviti

Satu mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 19, Menara DBKL 3, Kuala Kumpur bagi membentangkan cadangan pemasangan peranti ‘multifucntion water purification device (MWPD)’ untuk kawalan alga di Tasik Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil daripada Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), DBKL dan ORS Technologies Sdn.Bhd. MWPD yang berasal daripada Korea merupakan satu peranti berupaya meningkatkan pengaliran dan pencampuran air di permukaan tasik dengan air di dasar tasik bagi menghalang pembiakan alga, pencegahan stratifikasi tasik. Pihak DBKL menerima baik cadangan tersebut dan perbincangan lanjut akan diadakan pada masa depan.

Satu tinjauan tapak di Tasik Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur juga telah diadakan pada sebelah petang untuk mengenalpasti keadaan tasik secara visual dan menentukan lokasi-lokasi yang berpotensi untuk pemasangan MWPD.

Disediakan oleh: Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar (PKKAAS), NAHRIM

 

#MultifunctionWaterPurificationDevice

#TasikMetropolitanKepong

#Lake

#LakeConservation

#Eutrophication

#AlgaeBloom

#Treatment

#WaterQuality

#LakeStratification

#DBKL

#ORS

#multifucntionwaterpurificationdevice

#MWPD

#unitkomunikasikorporatpkkaas

#pusatkajiankualitiairdanalamsekitar

#halatuju

#pengurusan

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera