Berita&Aktiviti

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU (JKP) PERKHIDMATAN PENGKOMPUTERAN AWAN BIL. 1/2025 INSTITUT PENYELIDIKAN AIR KEBANGSAAN MALAYSIA (NAHRIM) – 22 MEI 2026

Berita&Aktiviti

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU (JKP) PERKHIDMATAN PENGKOMPUTERAN AWAN BIL. 1/2025 INSTITUT PENYELIDIKAN AIR KEBANGSAAN MALAYSIA (NAHRIM)

Satu Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Bilangan 1 Tahun 2025 telah diadakan dengan jayanya bertempat di Bilik Gerakan NAHRIM, Aras 1. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Haji Mat Desa, Ketua Pengarah NAHRIM (Menanggung Tugas), serta turut dihadiri oleh para pegawai kanan agensi, Person-in-Charge (PIC) projek, dan wakil syarikat penyedia perkhidmatan.

Fokus utama mesyuarat ini adalah untuk memantau kemajuan pelaksanaan fizikal dan kewangan bagi dua projek utama, iaitu Sistem Pintar Berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) untuk Penarafan dan Pengelasan Kedudukan Sungai-Sungai di Malaysia (AIR3S) serta projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Perubahan Iklim NAHRIM. Sesi ini turut melibatkan pembentangan laporan kemajuan serta pengesyoran pembayaran daripada pihak Radmik Solutions bagi komponen AIRES PKLS dan Awantec Systems bagi komponen HPC Cloud PKSA.

Secara keseluruhannya, JKP NAHRIM berfungsi sebagai platform kritikal dalam menilai, memantau, dan meluluskan segala hasil serahan (deliverables) serta transaksi pembayaran projek. Penilaian yang teliti ini amat penting bagi memastikan setiap pelaksanaan projek pengkomputeran awan ini menepati standard kualiti yang ditetapkan demi memacu transformasi digital dalam pengurusan sumber air negara.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera