Berita&Aktiviti

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PENILAIAN OUTCOME DAN LAWATAN (JKPO) TAHUN 2025 – KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR (PETRA) – 14 MEI 2026

Berita&Aktiviti

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PENILAIAN OUTCOME DAN LAWATAN (JKPO) TAHUN 2025 - KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR (PETRA)

Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penilaian Outcome (JKPO) Tahun 2025 pada 14 Mei 2026. Mesyuarat yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang ini diadakan di Lobi Blok A, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM).

Sesi penting ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Nazri bin Ali, Timbalan Pengarah Bahagian Konsultatif dan Referal Teknikal, ICU JPM. Agenda utama mesyuarat adalah bagi membentangkan Laporan Kajian Penilaian Outcome (KPO) melibatkan program dan projek di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bagi memastikan keberkesanan serta impak pelaksanaan projek tersebut mencapai objektif yang ditetapkan.

Selain sesi pembentangan dan perbincangan teknikal, program ini turut diisi dengan sesi lawatan tapak. Lawatan tersebut bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat fasiliti penyelidikan serta pelbagai produk inovasi yang telah dibangunkan oleh NAHRIM, sekali gus memberi gambaran jelas mengenai pencapaian teknologi dan solusi dalam sektor pengurusan air negara.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera