Berita&Aktiviti

PENGHARGAAN BUAT WARGA KERJA KAJIAN PENILAIAN OUTCOME (KPO) NAHRIM DI PERINGKAT KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR (PETRA) BAGI TAHUN 2025 – 14 MEI 2026

Berita&Aktiviti

PENGHARGAAN BUAT WARGA KERJA KAJIAN PENILAIAN OUTCOME (KPO) NAHRIM DI PERINGKAT KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR (PETRA) BAGI TAHUN 2025

Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI), selaku penyelaras Program Penyelidikan Produk Hidraulik bagi Industri Sumber Air di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11), telah berjaya menyempurnakan Kajian Penilaian Outcome (KPO) NAHRIM di peringkat Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bagi tahun 2025.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En. Ismail bin Hj. Tawnie, P.Geol (Pengarah MHI) serta Ir. Ts. Icahri bin Hj. Chatta (Ketua Program merangkap Pembentang Penilaian Akhir KPO). Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Penilaian Outcome Peringkat Jabatan serta seluruh pegawai Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) yang telah memberikan komitmen jitu dalam menjayakan program ini.

Melalui impak positif KPO ini, program penyelidikan tersebut bukan sahaja memperkukuh infrastruktur hidraulik negara, malah bertindak sebagai pemangkin utama dalam pembangunan modal insan tempatan. Pemindahan teknologi dan peningkatan kepakaran rantaian penyelidik muda ini amat kritikal bagi melahirkan tenaga pakar yang kompeten, sekali gus memacu agenda kelestarian sumber air demi kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat secara menyeluruh.

#MakmalHidraulikDanInstrumentasi

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera

#pmr2026