Berita&Aktiviti

MESYUARAT DAN LAWATAN KERJA NAHRIM KE PENANG PORT SDN. BHD – 14 JULAI 2026

Berita&Aktiviti

MESYUARAT DAN LAWATAN KERJA NAHRIM KE PENANG PORT SDN. BHD

NAHRIM terus komited dalam menerajui penyelidikan air negara termasuklah meneroka kerjasama strategik sektor maritim bersama Penang Port Sdn. Bhd. Pada 14 Julai 2026, delegasi NAHRIM yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah, YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Hj Mat Desa, telah mengadakan lawatan kerja dan sesi mesyuarat bersama Pengurusan Kanan Penang Port Sdn. Bhd. di Butterworth.

Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk membincangkan kajian pemodelan hidrodinamik pantai, pemendakan dan hakisan. Kajian ini sangat kritikal bagi memastikan kelestarian dan keselamatan operasi di kawasan Terminal Pelabuhan Pulau Pinang, Alur Utara Pulau Pinang, serta kawasan pelayaran kapal.

Delegasi NAHRIM amat menghargai jemputan dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak Penang Port Sdn. Bhd. Sesi bertukar pandangan dan perbincangan mengenai skop kajian, keperluan teknikal dan pendekatan pelaksanaan telah berjalan dengan sangat produktif. Semoga kerjasama ini bukan sahaja mencapai objektif kajian, malah memperkukuh lagi sinergi antara agensi penyelidikan kerajaan dan penggerak industri utama demi kelestarian infrastruktur pelabuhan dan pantai negara.

#NAHRIM

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera