Berita&Aktiviti

SEMINAR PENGURUSAN RESIDU LESTARI ANJURAN BERSAMA PETRA, PAAB DAN PBAPP – 14 JULAI 2026

Berita&Aktiviti

SEMINAR PENGURUSAN RESIDU LESTARI ANJURAN BERSAMA PETRA, PAAB DAN PBAPP

Seminar Pengurusan Residu Lestari yang berlangsung selama dua hari bermula 13 hingga 14 Julai 2026 telah berjaya dianjurkan bertempat di Holiday Inn & Suites Penang, Bukit Mertajam. Seminar ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, KSU PETRA. Program berskala industri ini merupakan anjuran bersama oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dengan kerjasama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

Objektif utama penganjuran seminar ini adalah untuk menyediakan platform perbincangan interaktif mengenai hala tuju strategik dan amalan terbaik dalam mendepani cabaran sisa industri. YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Haji Mat Desa, Ketua Pengarah NAHRIM (Menanggung Tugas) turut memberikan pendapat dan kupasan strategik selaku salah seorang ahli panel jemputan. Sepanjang program berlangsung, para peserta dan pakar industri yang hadir telah bertukar pandangan, membentangkan inovasi teknologi terkini, serta merangka solusi holistik bagi memperkukuh sistem pengurusan residu industri air negara.

Secara keseluruhannya, seminar ini mencerminkan komitmen bersepadu antara agensi kementerian, pemegang aset, dan operator air dalam memandu transformasi industri air ke arah yang lebih hijau. Langkah proaktif ini amat penting bagi memastikan setiap sisa rawatan air diuruskan secara sistematik dan lestari, sekali gus menyokong agenda kelestarian alam sekitar serta pemeliharaan ekosistem negara demi generasi masa hadapan.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera