Berita&Aktiviti

LAWATAN PELAJAR PASCASISWAZAH PROGRAM KESIHATAN AWAM UPM KE NAHRIM – 3 JUN 2026

Berita&Aktiviti

L𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐀𝐒𝐂𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀𝐙𝐀𝐇 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐔𝐏𝐌 𝐊𝐄 𝐍𝐀𝐇𝐑𝐈𝐌

Makmal Kualiti Air (MKA), NAHRIM telah menerima lawatan akademik daripada seramai lebih kurang 20 orang pelajar Pascasiswazah Program Sarjana Kesihatan Awam, Universiti Putra Malaysia (UPM). Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai fungsi dan peranan makmal dalam analisis kualiti air serta aplikasi penyelidikan dan perkhidmatan makmal yang dijalankan di NAHRIM. Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat dan diikuti dengan lawatan sekitar makmal kimia dan makmal mikrobiologi. Program ini telah memberi peluang kepada para pelajar untuk memahami kaedah analisis makmal serta kepentingannya dalam aspek kesihatan awam dan pengurusan sumber air.

 

#MakmalKualitiAir

#ISO 17250

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaan

Malaysia

#KementerianPeralihanTenagadan

#TransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera