Berita&Aktiviti

SEKALUNG TAHNIAH DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA YBRS. IR. TS. GS. DR. SAFARI BIN HJ MAT DESA

Berita&Aktiviti

SEKALUNG TAHNIAH DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA YBRS. IR. TS. GS. DR. SAFARI BIN HJ MAT DESA

Sekalung Tahniah dan Setinggi-tinggi Penghargaan

Seluruh warga Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Hj Mat Desa, Timbalan Ketua Pengarah (menanggung kerja Ketia Pengarah) Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia atas penganugerahan Bintang Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Tahun 2026.

Penganugerahan yang amat bermakna ini merupakan pengiktirafan tertinggi terhadap kepimpinan berwibawa serta komitmen berterusan beliau dalam meneraju penyelidikan air negara ke arah yang lebih berimpak tinggi, dinamik dan holistik.

Semoga kejayaan dan penghormatan ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga NAHRIM untuk memberikan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan rakyat dan kemampanan sumber air Negara.

Tahniah dan syabas di atas pengiktirafan yang membanggakan ini.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera