Berita&Aktiviti

KUNJUNGAN HORMAT KETUA BAHAGIAN PENDANAAN TEMPATAN UNIVERSITI MALAYA KE NAHRIM – 25 MEI 2026

Berita&Aktiviti

KUNJUNGAN HORMAT KETUA BAHAGIAN PENDANAAN TEMPATAN UNIVERSITI MALAYA KE NAHRIM

Satu sesi kunjungan hormat daripada Universiti Malaya (UM) ke Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah diadakan dengan jayanya pada hari ini. Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Ts. Dr. Muhammad Shazril Idris Bin Ibrahim, Ketua Bahagian Pendanaan Tempatan, Pusat Dana Penyelidikan UM, dan disambut baik oleh YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Haji Mat Desa, Ketua Pengarah NAHRIM (Menanggung Tugas) bersama pegawai-pegawai kanan agensi.

Kunjungan hormat yang berlangsung di Ibu Pejabat NAHRIM, Seri Kembangan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala yang sedia ada antara kedua-dua institusi. Selain itu, pertemuan ini menjadi platform penting untuk membincangkan dan meneroka peluang kolaborasi strategik yang lebih meluas, khususnya dalam bidang pendanaan serta pelaksanaan projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) sektor air negara.

Secara keseluruhannya, pertemuan ini mencerminkan komitmen tinggi antara NAHRIM dan Universiti Malaya dalam menyinergikan kepakaran akademik serta industri. Adalah diharapkan agar jalinan kerjasama yang bakal terbentuk dapat memacu inovasi teknologi air yang lebih mampan, sekali gus memberikan impak positif kepada kelestarian sumber air negara.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera