Berita&Aktiviti

SESI PEMBENTANGAN CADANGAN STRATEGIK NAHRIM KEPADA YBHG. DATO’ SRI KSU PETRA – 26 MEI 2026

Berita&Aktiviti

SESI PEMBENTANGAN CADANGAN STRATEGIK NAHRIM KEPADA YBHG. DATO’ SRI KSU PETRA

Satu sesi pembentangan kertas cadangan strategik telah diadakan hari ini bersama YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Sesi penting yang bermula pada jam 11.00 pagi ini dihadiri oleh YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Haji Mat Desa, Ketua Pengarah NAHRIM (Menanggung Tugas) serta barisan pengurusan tertinggi agensi.

Agenda utama sesi tersebut memfokuskan kepada pembentangan dua agenda besar NAHRIM, iaitu cadangan penubuhan Lembaga Penasihat NAHRIM serta strategi pengkomersialan dan justifikasi penetapan harga bagi produk Air Minuman Berbungkus (AMB) CloudRain & RainDrops NAHRIM. Sesi ini menjadi platform penting untuk mendapatkan pandangan strategik serta hala tuju daripada YBhg. Dato’ Sri KSU bagi memastikan kedua-dua inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Secara keseluruhannya, pembentangan ini mencerminkan langkah proaktif NAHRIM dalam memperkukuh struktur tadbir urus agensi melalui penubuhan lembaga penasihat, di samping memandu usaha penjanaan pendapatan negara melalui inovasi produk berasaskan air larian hujan. Sokongan dan maklum balas daripada pihak kementerian diharap dapat memacu NAHRIM ke arah menjadi institusi penyelidikan air yang lebih mandiri dan berdaya saing.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera