17 Januari 2026 | YBhg. Dato’ Ir. Dr. Hj. Nasehir Khan E.M. Yahaya, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), telah mengiringi YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) ke lawatan teknikal lokasi Cadangan Projek Simpanan Air Bawah Tanah di Lembangan Sungai Melaka, serta Empangan Padang Saga, Pulau Langkawi.
Perbincangan turut diadakan bagi merangka strategi pelaksanaan projek pengurusan sumber dan bekalan air secara sistematik. Turut hadir adalah pegawai Jabatan Bekalan Air (JBA), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), serta Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP).
#Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia
#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir







