YBhg. Dato’ Ir. Dr. Hj. Nasehir Khan E.M. Yahaya, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), telah menghadiri mesyuarat pembentangan kepada pemegang taruh dan penyelarasan hala tuju bagi pelaksanaan projek Pembinaan Constructed Wetland yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air), PETRA. Mesyuarat ini dianjurkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP).
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia




