16 JANUARI 2026 | INOVASI NAHRIM KE ARAH KELESTARIAN INDUSTRI AIR
NAHRIM telah dijemput oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui Bahagian Kelestarian & Inovasi bagi menjayakan program SPITE Siri 1/2026. Program ini merupakan platform penting bagi berkongsi teknologi terkini dalam industri air bersama agensi berkaitan dan pemain industri.
Dalam sesi ini, dua produk inovasi NAHRIM telah dibentangkan:
NAHRIM Smart Water Filter
NAHRIM Smart Meter
Sebagai peneraju penyelidikan dan inovasi air, NAHRIM komited untuk terus memperkenalkan solusi pintar bagi memastikan kemampanan sumber dan kesejahteraan rakyat. Terima kasih kepada YBhg. Datuk Ir. Abdul Kadir Bin Mohd Din, FASc atas kesudian mempengerusikan sesi pembentangan teknikal ini.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
#NAHRIM #InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia








