Berita&Aktiviti

BENGKEL PERMULAAN METODOLOGI PENILAIAN PELUANG PEMULIHAN (ROAM) BAGI PEMULIHAN LANDSKAP HUTAN PAYA BAKAU DI PANTAI UTARA-TENGAH SELANGOR – 21 HINGGA 23 APRIL 2026

Berita&Aktiviti

21-23 APRIL 2026 | BENGKEL PERMULAAN METODOLOGI PENILAIAN PELUANG PEMULIHAN (ROAM) BAGI PEMULIHAN LANDSKAP HUTAN PAYA BAKAU DI PANTAI UTARA-TENGAH SELANGOR

Pegawai Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi (PKPO) NAHRIM telah menghadiri Bengkel Permulaan Metodologi Penilaian Peluang Pemulihan (ROAM) bagi Pemulihan Landskap Hutan Paya Bakau di Pantai Utara-Tengah Selangor (NCSC) bertempat di Mercure Kuala Lumpur Glenmarie Hotel. Bengkel yang berlangsung selama 3 hari (21 hingga 23 April 2026) ini adalah anjuran Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), dengan kerjasama International Union for Conservation of Nature (IUCN) dan sokongan daripada Chery International.

Objektif utama bengkel adalah untuk mengumpulkan maklumat, pengetahuan tempatan, perspektif, serta peluang kerjasama berkaitan pemulihan landskap paya bakau di NCSC. Jajaran NCSC sepanjang 130 kilometer terdiri daripada hutan paya bakau dan kawasan lumpur bermula dari Kepulauan Bakau Klang (selatan) hingga ke Sabak Bernam (utara) di kawasan Sungai Bernam mengalir ke Selat Melaka.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera