Sesi taklimat sebut harga melibatkan Projek Pembinaan Loji Penyahgaraman Air Marin bagi Pos Keselamatan ESSCOM (Pulau Banggi, Pulau Berhala, dan Pulau Mabul, Sabah) telah diadakan bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu. Taklimat telah disampaikan oleh Ir. Ts. Muhammad Rizal Razali dari Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi NAHRIM dan sejumlah 11 buah syarikat kontraktor tempatan kelas G4 telah hadir sepanjang sesi taklimat diadakan.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

