Berita&Aktiviti

OPERASI PENGAMBILAN SEMULA PERALATAN UKUR OMBAK DAN ARUS (AWAC) DI PERAIRAN KUALA SALA, KEDAH – 22 & 23 APRIL 2026

Berita&Aktiviti

OPERASI PENGAMBILAN SEMULA PERALATAN UKUR OMBAK DAN ARUS (AWAC) DI PERAIRAN KUALA SALA, KEDAH

NAHRIM melalui Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi (PKPO) terus memperkukuh kedudukan sebagai agensi peneraju dalam pengumpulan data oseanografi fizikal negara. Fokus pencerapan kali ini tertumpu di lokasi strategik perairan Kuala Sala, Kedah yang melibatkan pengumpulan data secara berterusan selama 7 bulan (Oktober 2025 – April 2026).

Instrumen yang digunakan merupakan komponen kritikal dalam rangkaian pemantauan marin jangka panjang negara. Ia berfungsi merekod parameter ombak dan arus berketepatan tinggi bagi keperluan data arus beresolusi tinggi untuk kegunaan pertahanan serta sokongan Standard Navigasi Moden – Pembangunan International Hydrographic Organization (IHO) standard S-100 / S-111.

Data strategik ini bukan sahaja menyokong kajian kenaikan aras laut, kejuruteraan pantai, dan pembangunan model hidrodinamik nasional, malah menjadi teras kepada pembangunan Digital Twin Marin Malaysia. Selain itu, ia memacu migrasi carta pelayaran ke arah sistem digital yang lebih dinamik, responsif, dan menjamin keselamatan pelayaran yang lebih jitu.

Memasuki tahun ketiga berturut-turut (2023–2026), komitmen pemantauan berterusan ini mencerminkan keupayaan teknikal dan kesungguhan NAHRIM dalam menyediakan data sahih, terkini dan berintegriti tinggi demi kepentingan strategik negara, komuniti pesisir dan kemampanan ekonomi maritim.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera