10 MAC 2026 | ASIDIFIKASI LAUTAN: ANCAMAN TERSEMBUNYI DI SEBALIK LAUTAN BIRU
Asidifikasi lautan merupakan krisis senyap yang berlaku apabila air laut menjadi lebih berasid (tahap pH menurun) akibat penyerapan gas karbon dioksida (CO2) yang berlebihan daripada atmosfera. Apabila suhu bumi meningkat, air laut yang lebih panas mempercepatkan kadar tindak balas kimia yang menukarkan CO2 menjadi asid karbonik, sekali gus mengganggu keseimbangan ekosistem marin kita.
Fenomena ini membawa ancaman besar terhadap biodiversiti, sektor perikanan, pelancongan, serta keselamatan makanan negara. Kesannya amat membimbangkan; ia menyukarkan pembentukan rangka terumbu karang dan menipiskan cengkerang organisma seperti udang, ketam, kerang, dan tiram. Rangka karang yang lemah dan habitat yang terjejas ini akhirnya akan mengancam kelangsungan ekonomi dan sumber pendapatan masyarakat.
Kita semua bertanggungjawab untuk bertindak sekarang. Marilah kita bersama-sama melindungi ekosistem paya bakau dan terumbu karang, mengurangkan pelepasan karbon melalui amalan harian seperti berkongsi kenderaan, serta menghentikan pencemaran sisa kimia ke dalam sumber air. Mari pelihara khazanah laut kita hari ini demi jaminan masa depan generasi akan datang.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia