Berita&Aktiviti

LAWATAN TAPAK DAN SESI LIBAT URUS CADANGAN PENGGANTIAN PROJEK EMPANGAN BAWAH TANAH – 10 MAC 2026

Berita&Aktiviti

LAWATAN TAPAK DAN SESI LIBAT URUS CADANGAN PENGGANTIAN PROJEK EMPANGAN BAWAH TANAH - 10 MAC 2026

Lawatan Tapak dan Sesi Libat Urus cadangan penggantian Projek Empangan Bawah Tanah telah diadakan di Empangan Padang Saga, Langkawi pada 10 Mac 2026, diikuti dengan sesi libat urus pada 11 Mac 2026 di Bilik Mesyuarat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Langkawi. Sesi libat urus ini telah dipengerusikan oleh Ir. Mohd Hamizi bin Abdullah, Ketua Bahagian Perancangan dan Pemantauan Projek, Jabatan Bekalan Air (JBA). Turut hadir bersama Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK), Syarikat Air Darul Aman (SADA), JPS Langkawi, serta Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) diwakili oleh Ir. Dr. Safari bin Hj. Mat Desa, Menanggung Tugas Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM bersama pegawai kanan. Perbincangan ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama serta meningkatkan koordinasi antara agensi dalam pelaksanaan projek empangan bawah tanah bagi menyokong pengurusan sumber air yang lebih mampan dan lestari.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera