Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) hari ini amat berbesar hati menerima lawatan kerja daripada YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) ke Fasiliti Inkubator Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH).
Dalam lawatan ini, YB Timbalan Menteri telah diberi taklimat mendalam mengenai inovasi penuaian air hujan sebagai sumber air minuman alternatif melalui produk penyelidikan NAHRIM iaitu Raindrops dan Cloudrain. Beliau turut meninjau proses rawatan, sistem penurasan mikro nano karbon yang canggih, serta fasiliti pembotolan yang mematuhi standard kualiti air minuman.
Inisiatif SPAH ini merupakan bukti komitmen NAHRIM dalam meneroka solusi air yang mampan dan inovatif bagi mendepani cabaran sekuriti air negara, selaras dengan agenda transformasi air di bawah kementerian PETRA.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
#NAHRIM #InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia








