3 DISEMBER 2025 | NAHRIM telah berpeluang menyertai sesi Business Matching Meeting bersama delegasi teknokrat dari Kanada sempena Pameran Perkongsian dan Inovasi Air Kanada–Malaysia yang berlangsung di Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Majlis ini telah dirasmikan oleh Suruhanjaya Tinggi Kanada, HE Mdm Jodi Robinson.
Kanada kini memberi tumpuan untuk memperkukuh hubungan dengan negara-negara di rantau Asia, termasuk Malaysia, sebagai sebahagian daripada usaha mereka menjadi rakan strategik yang aktif dalam sektor air.
Sokongan ini meliputi teknologi perintis dan demonstrasi inovasi teknologi bersih yang seiring dengan aspirasi Pelan Hala Tuju Sektor Air 2040 (AIR 2040) , khususnya dalam pemodenan infrastruktur, penggunaan teknologi pintar, pemantauan masa nyata serta penyelesaian rawatan air sisa bagi menghadapi cabaran urbanisasi dan pembangunan industri.
Dalam sesi ini, pihak delegasi Kanada turut menyatakan keyakinan bahawa NAHRIM merupakan rakan strategik yang tepat untuk meneroka peluang kerjasama yang lebih mendalam bersama beberapa organisasi Kanada seperti DBO International, Intelligent Project Solution, KenWave Solutions Inc., Probiosphere, Russel Group dan WaterShed Monitoring.
Satu langkah positif ke arah memperkukuh inovasi air negara melalui kerjasama antarabangsa.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia










